Sunday, March 13, 2011

OUR LOVELY PRODUCT

PARVATHY GENGANAIDU (128538)

SUSU HI GOAT
Antara produk yang saya gunakan selalu ialah susu Hi goat. Susu Hi goat adalah susu segar yang diperah daripada kambing. Setiap hari pada sebelah pagi dan petang saya akan minum susu Hi goat. Pengamalan susu kambing Hi goat setiap hari adalah disebabkan sebab tertentu. Ini kerana saya menghadapi masalah gastrik yang serius. Menurut doktor saya tidak boleh makan makanan pedas dan masam dan pernah mencuba beberapa produk dan ubat tetapi tidak berkesan selepas saya mencuba produk Hi goat saya tidak menghadapi masalah sakit perut dan masalah gastrik saya semakin pulih. Oleh itu, sehingga kini saya tidak melupai untuk meminum susu Hi goat pada sebelah pagi dan malam.

GAYRI RAMAN (128567)

LOTION ALLANO
Lotion ini memiliki banyak fungsi dan sangat menyenangkan untuk digunakan. Selain memperlakukannya sebagai pelembab, ia juga boleh digunakan sebagai ubat nyamuk dan untuk kecederaan. Jika kawasan kita mempunyai banyak nyamuk, kita hanya gunakan lotion ini seperti biasa dan kita akan memiliki tidur malam yang sangat menyenangkan. Kadangkala ia juga boleh digunakan untuk kulit yang berluka malah ia juga boleh disapu di atas cedera yang masih segar bermaksud ia boleh digunakan sekiranya seseorang itu mengalami kemalangan. Lotion allano juga boleh digunakan untuk luka kecil, pendarahan atau luka terbakar. Design membuat lotion agak menyenangkan untuk digunakan, dengan hanya kita perlu sembur keluar dan sangat berbusa. Baunya juga agak santai. selain daripada itu ia juga boleh digunakan sebagai gel badan menyegar yang boleh digunakan oleh seisi keluarga. Gel mandian berkualiti akan menjadikan kita berasa segar, bersih dan lembap. Gel badan menyegar meninggalkan satu lapisan pelembap untuk menjadikan kulit anda lembut dan rapi. Rasa yang agak licin selepas membilas adalah biasa. Ini disebabkan oleh lapisan pelembap yang terus merapikan kulit kita . Haruman penyahbau dimasukkan untuk meminimumkan bau peluh. PH yang seimbang untuk kulit sensitif

No comments:

Post a Comment